aku duduk berwirid selesai solat witir,
aku memandang sekelilingku,
penuh dengan manusia yang menongkah arus,
ada yang mendukung anak,ada yang membimbing si ibu berjalan,ada sedang berbual di talian,ada sedang menjalinkan ukhuwah,
aku lihat manusia dalam banyak keadaan,
ada yang fizikalnya menampakkan kemewahan,ada yang menampakkan kesederhanaan dan tak kurang yang nampak kekurangannya,
aku tunduk istighfar melihat keadaan ini,
aku lihat sekumpulan manusia yang mewah keadaannya,
aku istighfar penuh penyesalan,
aku bertahmid penuh kesyukuran,
aku lihat pula sekumpulan manusia yang penuh kesederhanaan,
"alhamdulillah"spontan aku ucapkan dalam hati,
aku lihat pula kumpulan manusia yang membuatkan hati aku bergetar,
yang membuatkan mata aku berair,
aku istighfar dalam menahan air mata dari tumpah dikhalayak ramai,
alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah,
aku dilahirkan dari sebuah keluarga yang penuh kesederhanaan,
aku hidup didalam suasana keluarga yang didikannya penuh dan mengikut syariat Allah,
aku mempunyai kedua ibu bapa yang mengambil berat soal dosa pahala anak-anaknya,
terima kasih ya Allah atas kurniaan ini :)
: peace :
wanita yang cantik melukis kekuatan melalui kehidupan,bersabar disaat tertekan,tersenyum disaat hati menangis,diam disaat terhina,mempersona kerana memaafkan,mengasihi tanpa syarat,bertambah kekuatan dalam doa dan harapan.:)
Tuesday, July 31, 2012
Wednesday, July 18, 2012
hamba yang hina.
aku sedar aku alpa,
sering sahaja membiarkan hati ini lalai,
melayan segala khayalan yang menjelma,
mengangankan sesuatu yang mustahil,
padahal diri ini sedar akan takdir yang telah tertulis,
apa gunanya menyalahkan takdir,
sedangkan diri ini sebenarnya bisa sahaja menjalaninya,
kerna Allah sudah mengatakan bahawa ujian yang diberikan tidak lain tidak bukan sesuai dengan kemampuan hambaNya,
maka,mengapa diri ini masih lagi lemah?
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya(dibuat)olehnya."-Al-Baqarah 2:286
sebenarnya ujian yang ditimpakan bukanlah ingin menganiaya diri,
tapi sebaliknya sebagai tiket untuk lebih dekatNya.

Saturday, July 7, 2012
cemburuku cemburu yang wajar.
Ya Allah, aku cemburu..
Aku cemburu kepada mereka,
Mereka yang mempunyai hati yang dipenuhi dengan cinta,
Cinta kepada siapa?
Cinta kepada-Mu wahai Tuhan yang menciptakanku,
Jiwa mereka dihiasi dengan semangat jihad,
Hati mereka diterangi dengan nur cinta yang abadi,
Iman memenuhi kamar sanubari,
Jalan perjuangan sedia mereka tempuhi,
Walaupun mempunyai ranjau yang melukai..
Sedang aku di sini,
Dalam kesamaran masih tercari-cari,
Ke manakah hala tuju diri,
Setiap kelemahan berdikit-dikit ku cuba baiki,
Membersihkan kembali segumpal darah yang bernama hati,
Iman yang baru mula untuk berbuah,
Aku rasa begitu payah untuk dipertahankan..
Ya Allah,bantulah diriku yang lemah ini yang tidak berdaya lagi untuk mendekati CintaMU ya Allah..
Bukakan hatiku untuk mencintaiMu melebihi segala-galanya...
Jangan Kau biarkan daku rebah dek urusan duniawi, dek kejahatan manusia.. :)

Subscribe to:
Posts (Atom)