Friday, October 25, 2013

hilang.

aku merenung ke luar jendela,
bertanya kepada diri sendiri,
mengapa diriku begini?
hilang.hanyut.sepi.sunyi.
aku bertanya lagi,
apa yang sedang kau lakukan ini?
tiada arah.LOST..
itu yang pasti,
aku mengenang kembali hari-hari yang berlalu,
apa aku lakukan sedari aku sedar dari mati yang sebentar,
...........tiada apa yang baru..........
masih aktiviti yang sama,masih rutin harian yang sama,
aku merenung jauh kedalam diriku,
memikirkan apa yang telah aku luangkan untuk masa yang yang berlalu,
..........tiada yang special..........
sia-sia.sahaja.
aku sedang hilang arah.
aku hilang pertimbangan.
aku sunyi.
aku tenggelam.
dalam cahaya yang terang.
ya,cahaya terang yang sebenanrnya kelam.
aku yang mencuba untuk jauh,
aku yang melarikan diri,
aku yang tidak membenarkan untuk mendekati,
aku yang sebenarnya berlari laju,
aku.aku.aku.
yang sebenarnya membiarkan diri tenggelam.
mengapa?
aku sendiri tiada jawapan.
aku sendiri tidak boleh berfikir.
aku hilang punca.
apa masalah aku sebenanrnya?


aku umpama mayat sedang berjalan
tiada apa apa rasa bersalah
maafkan diri aku yang bersalah
hati,engkau sedang berperang.
kuatkan dirimu padahal engkau lemah
kalahkan musuhmu yang sedang menjajah mindaku
nafsu,engkau sedang bersorak gembira
melihatkan jatuhnya musuhmu
aku?
hanya duduk membiarkan menunggu menanti apa kesudahannya...

Wednesday, April 17, 2013

masih sudi ENGKAU ketuk

astaghfirullahallazim,

berderai air mata mengenang hari yang berganti,mengenang saat yang berlalu,hanya dipenuhi dengan dosa dan maksiat,leka dan lalai ingatan serta hati dari mengingatiNya,terus-terusan mengulang dosa-dosa yang sama dan baru,sungguh pemurah Engkau ya Allah apabila masih sudi Engkau mengetuk hatiku yang kotor hitam dipenuhi dengan dosa sehingga seandainya aku tersesat didalam bilik hitam kelam pastinya cedera diriku kerana tidak terlihat oleh mataku segala halangan dihadapan,namun Engkau sungguh mulia apabila masih mahu mengutip diriku yang hina kembali ke pangkuanMu yang suci,aku leka dengan menjadikan nafsu sebagai tuhan sehingga diri akhirnya terjatuh semula kelubang hitam,sungguh kalamMu menyentak tangkai hatiku 

"maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuanNya.dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya?maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkanya sesat)? mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? (45:23)

sungguh retak seribu hatiku saat tangan menyelak kalammu mula mencari cahaya setelah diri merasakan sungguh sudah jauh kaki ini tersasar dari landasan,sering hati membisikkan bahwa diri sudah jauh,jauh dari redhaMu,namun sungguh egoku tinggi sama dosaku,sehinggalah Engkau menyapaku dengan angin cintaMu,Allah Allah Allah berikanlah aku peluang membersihkan diri pulang kepadaMu dalam keadaan suci bersih dari dosa,berikanlah aku peluang merasa cintaMu dengan sepenuh hatiku,penuhkanlah hatiku dengan kecintaan kepadaMu,berikanlah aku kekuatan dan jadilah kekuatanku menggapai cintaMu dan rahmatMu,amin ;'( ...

Tuesday, January 1, 2013

perginya 2012

2012,tahun yang sangat bermakna,
tahun aku digelar senior di sekolah,
tahun akhirku digelar pelajar sekolah,
tahun akhirku duduk didalam kelas bersama-sama rakan-rakan yang lazim bersama,
tahun akhirku mendengar ucapan guru-guru didalam dewan sekolah,
tahun akhirku bermanja dengan guru-guru,
tahun akhirku lepak di kedai buku sekolah,
tahun akhirku makan di kantin pakcik jamal,
2012,tahun aku hadapi peperiksaan permulaan kehidupan baru,

kini,baru aku sedar selama 13 tahun aku digelar pelajar sekolah,
memakai baju kurung putih,oren,dengan kain berwarna hijau,biru pekat,coklat,biru muda,
banyaknya kenangan yang telah aku coretkan dan lakarkan buat titipan mindaku,
kenangan yang diselang-selikan dengan pahit,manis,suka,duka,INDAHNYA......
kenangan yang mendidik jiwa dan diriku menjadi seorang yang lebih matang,mungkin........
namun,bersilih gantinya tahun aku kini sedar yang aku tidak punya azam melainkan hanya angan-angan,

2013,datang menyapa,
alhamdulillah,aku diberikan peluang oleh Allah untuk hidup dibumiNya,
pagi yang mendung,aku termenung,
bertanya pada diri "apa azam aku tahun ini?"
bingung,tidak tahu apa patut aku azamkan,
pastinya aku ingin menjadi lebih baik,
tapi aku masih belum nampak caranya,

                                          

masih samar perjalanan hdupku,
masih mentah aku mengenai diriku sendiri,
masih kelam aku dengan penipuan dunia,
masih mudah aku tertipu dengan ajakan nafsuku sendiri,
masih lemah aku dengan permainan syaitan,

"yaAllah,bimbinglah aku dalam setiap perjalanan hidupku,bantulah aku untuk mengubah diriku,
yaAllah,seandainya harus aku membuat pilihan dalam hidupku,jadikanlah pilihan yang aku buat mendekatkan diriku lebih dengan diriMu,amin"

: peace :

      

Monday, December 10, 2012

.....kan ku hapuskan.....

pagi yang dingin,
disapa angin yang menyapa,
membuatkan hujung kaki dan tangan kebas,
disiram bekunya air wudhu',
menyiapkan diri menghadap Yang Maha Esa,
di keindahan dhuha yang tenang,
aku menghadapMu,
dengan beban dosa dan maksiat,
yang setiap detik menghimpit hidup,
takbir yang diangkat menggetarkan jiwa,
berharap setiap saat yang diluang hanya untukMu,
disujud yang terakhir,
aku sisipkan doa agar tidak dibawa semula ke jalan hitam itu,
berharap agar terus dapat dihapuskan semua itu,
aku tadahkan tangan memohon,
dibimbing dalam setiap tingkahku,
dan.....apabila rindu itu menyapa kalbu,ku hapuskan dengan titisan air mata penyesalan.

"ya Rabb yang Maha Perkasa,hapuskanlah semua perasan ini,jangan Engkau bawaku semula kejalan hitam,yang penuh dengan dosa dan murkaMu,bimbinglah aku menuju keredhaanMu,amin."

: peace :

Monday, November 12, 2012

Alhamdulillah

selama ini aku sering tertanya-tanya,
'mengapa aku tidak dikurniakan sahabat yang dapat bersama-sama aku menempuhi perjalanan hidup ini'?
aku sering merasa cemburu melihat mereka yang dikurniakan sahabat-sahabat yang bersama-sama mereka,
sahabat-sahabat yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu dan nasihat yang membimbing,
tanpa aku sedar Allah sudah lama mengurniakan aku sahabat yang sentiasa bersama aku,
tanpa aku sedar Allah sudah menghadiahkan aku sahabat yang selalu bersedia mendengar luahan aku,
dia yang selalu memberi aku nasihat,
dia yang ingin bersama-sama aku melalui perjalanan ini,
dia yang sudi berubah bersama aku menjadi yang lebih baik,
dia yang setia menyokong setiap impianku,
ya Allah,mengapa selama ini aku begitu buta tidak melihat ini semua?
Alhamdulillah,Allah buka mataku melihat mu wahai sahabatku,
engkau sentiasa ada setia memberi aku tempat dibahumu,
meluahkan semua kesakitan dihatiku,
memberi aku kekuatan melalui nasihatmu,
sungguh,aku cintakanmu wahai sahabatku kerana Allah :)

"doaku sentiasa mengiringi kehidupanmu duhai sahabat,doaku sentiasa buatmu agar Allah memakbulkan impianmu dalam hidup berpasangan bersama sidia yang engkau harapkan,amin".

"sahabat,setialah bersamaku menempuh perjalanan ini,agar engkau dan aku menjadi anak yang solehah,wanita yang solehah,isteri yang solehah dan ibu yang mithali".

: peace :

Sunday, September 23, 2012

sunyi itu..

kini aku sedar,
aku hidup bukan keseorangan,
walaupun aku merasa sunyi disaat meriah,
aku tahu ada DIA sedang menemaniku,

kini aku tahu,
disetiap sujudku yang sepi,
aku meluahkan segala pertanyaan dan pengharapan,
pasti DIA menjawab segala pertanyaanku,

mengapa?aku sering tertanya tanya,
aku masih merasa seperti ada yang tidak cukup dalam diriku,
aku masih merasa seperti ada yang hilang dalam hidupku,
aku masih merasa seperti sunyi yang mencengkam dalam hatiku,

yaAllah,mengapa aku sering berasa sunyi dalam perjalanan ini,?
aku merasa seolah olah tiada yang mahu bersama denganku melalui laluan ini,
aku merasa seperti aku keseorang tanpa tangan yang sudi memimpin aku kepadaMU,

yaAllah,keterlaluankah permintaanku andai aku memohon dikurniakan sahabat yang dapat bersama sama denganku,menemani aku,berjuang bersamaku?

: peace :

Saturday, August 4, 2012

sungguh

sungguh aku cemburu,
sungguh aku inginkan,

melihat mereka dapat memakai pakaian itu,hati aku cemburu.
melihat mereka menyarung tudung itu,hati aku menangis.
melihat mereka menutup muka dengan kain itu,hati aku tercarik.

melihat sahabat disekeliling mereka,aku ingin.
melihat akhlak mereka,aku damba.
melihat ilmu agama mereka,aku mahu.

yaAllah,bantu aku istiqamah dengan amalanku,
berikan aku ketaatan dalam beribadah,
kurniakan aku sahabat yang hatinya mencintaiMu,
agar aku dapat merasakan kemanisan cinta kepadaMu.

: peace :