Friday, April 20, 2012

masih bisakah aku?

masih bisakah aku?
membuatkan kalian tersenyum,

masih bisakah aku?
membuatkan kalian senang,

masih bisakah aku?
membuatkan kalian . . .

ikhlas membalas senyuman ku?
ikhlas dalam tertawa?
ikhlas dalam tersenyum?
ikhlas dalam segala yang kalian lakukan?

kerna selama ini,
senyuman itu,
tawa itu,
hanyalah palsu yang kalian ukirkan buat ku,
hanyalah lukisan yang terpaksa kalian lakarkan buat ku,
hanya kerana kalian ingin menjaga hatiku,
padahal hati kalian telah aku coretkan dengan perbuatan ku,

masih bisakah ? 


Wednesday, April 18, 2012

tidak ku sangka , maafkan aku teman :(

hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hatiku saat mendengar semua cerita itu,
hanya Allah yang tahu betapa terkejutnya aku apabila mereka menceritakan perkara yang sebenar,



teman,
maafkan aku,
memang benar apa yang aku katakan,
tidak pernah aku perasan,
tidak pernah aku sedar,
layanan aku selama ini pada kalian tidak pernah adil,
layanan aku selama ini pada kalian bukanlah layanan yang memuaskan hati,
sehingga kalian menyangka aku membenci kalian,

teman,
maafkan aku,
aku bukanlah manusia yang sempurna,
aku bukanlah manusia yang sentiasa sedar apabila aku salah,
aku bukanlah manusia yang pandai menjaga hati kalian,

teman,
maafkan aku,
aku bukanlah sahabat kalian yang terbaik,
malah aku tidak pernah menjadi sahabat kalian yang baik,
aku bukanlah rakan yang mampu menyenangkan kalian,
malah aku sentiasa menyakiti kalian,

tapi ....
mengapa kalian tidak pernah menegur aku?
mengapa aku harus mendengar dari mulut yang lain?
mengapa aku hanya tahu saat kalian benar-benar kecewa dengan sikap aku?

apa yang aku sangka bukanlah seperti realitinya,
malah apa yang aku sangkakan selama ini menjadi perkara yang tidak aku sangka.

dalam gelak tawa bersama kalian,barulah aku tahu bahawa gelak tawa itu hanyalah sebagai cara kalian
menjahit semula hati kalian yang telah aku koyakkan selama ini :'(

maafkan aku teman . . .

: peace :

Friday, April 6, 2012

mengertilah wahat teman :'(

mengertilah,
segala teguran yang aku berikan,
bukanlah kerana aku membencimu,

mengertilah,
segala nasihat yang aku titipkan buatmu,
bukanlah bererti aku sahaja yang benar,

mengertilah,
segala pandangan yang aku berikan terhadap tingkahmu,
bukanlah kerana aku yang terbaik,

tetapi mengertilah wahai teman!mengertilah!
itu semua kerana aku terlalu sayang akan engkau,
kerana aku terlalu kasih akan engkau,
kerana aku ingin kita bersama-sama mendapat redha Allah,
kerana aku ingin kita bersama-sama berjaya didunia dan diakhirat kelak,

mampukah engkau mengerti perasaan ku ini,wahai teman?

: peace :

Tuesday, April 3, 2012

tahukah engkau wahai teman?

Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.

Thursday, March 15, 2012

Ya Allah permudahkanlah niat ku ini,

Ya Allah,Engkau maha mengetahui,
aku mempunyai niat untuk menutup auratku dengan lebih sempurna,
aku ingin menjaga ikhtilat pergaulan bersama dengan para ajnabi,
aku ingin membataskan pandangan para ajnabi padaku,
kerana perempuan yang solehah adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang,
mampukah aku Ya Allah untuk melakukan semua ini tanpa Mu menemani ku Ya Allah?

Ya Allah,teguhkanlah iman ku yang setipis kulit bawang ini Ya Allah,
teguhkanlah pendirian ku yang kadangnya goyah atas desakan nafsu,
cekalkanlah hatiku untuk menerima pandangan serong mata mata manusia,
Ya Allah,ikhlaskanlah hatiku ini dalam melakukan semua perkara,
aku ingin melakukan perubahan ini kerana aku mengharapkan redhaMu Ya Allah,
aku ingin memelihara bapaku,abangku,saudara lelakiku daripada dijilat oleh api nerakaMu,

Ya Allah,ampunkanlah dosa dosaku sama ada yang telah berlalu atau yang akan datang,
Ya Allah,ampunkanlah dosa dosa kedua ibu bapaku,ahli keluargaku,adik beradikku,datuk nenek moyangku sama yang masih hidup atau yang telah pergi,guru guruku,rakan rakanku,serta ampunkanlah dosa dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat,mukminin dan mukminat sama ada yang hidup atau yang telah pergi,
Ya Allah,permudahkanlah bagiku segala urusan,
Ya Allah,bersihkanlah hatiku daripada hitam pekatnya dosa noda yang telah aku lakukan selama ini,
Ya Allah,janganlah Engkau palingkan hatiku setelah Engkau berikan hidayah kepadaku,
amin,amin,amin Ya Rabbal A'lamin,

: peace :

Sunday, March 4, 2012

ya Rahim :)

Wanita...
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?



Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .



Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Mas yaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. supaya kelak masing-masing lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

Friday, February 24, 2012

sahabat :)

♥ Duhai sahabat..♥ஜ♥
(¯`•.Indah anugerah PERSAHABATAN ini...
(¯`•.Bersama-sama mencari cinta Ya Rabb...
(¯`•.Bersama-sama dahagakan hidayah Ya Muhaimin...
(¯`•.Bersama-sama mendambakan syurga abadi Ya Rabbul Izzati...
Ingatlah sahabat,
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh ujian dan cabaran dariNya,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tidak goyah,
Perjuangan itu amat susah duhai sahabat,
Marilah kita harapkan keredhaan dari ALLAH..


 Senyumlah sahabat,

Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tidak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah,

 Duhai sahabat,
Terima kasih untuk segalanya yang pernah kau beri padaku,
Maafkan daku tidak dapat menjadi sahabat yang baik padamu,
Sahabat...kau istimewa dikala susah dan senang,

Syukur Ya Allah atas kurniaan tidak ternilai ini...
insan bernama SAHABAT,~UKHWAH FILLAH~