selama ini aku sering tertanya-tanya,
'mengapa aku tidak dikurniakan sahabat yang dapat bersama-sama aku menempuhi perjalanan hidup ini'?
aku sering merasa cemburu melihat mereka yang dikurniakan sahabat-sahabat yang bersama-sama mereka,
sahabat-sahabat yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu dan nasihat yang membimbing,
tanpa aku sedar Allah sudah lama mengurniakan aku sahabat yang sentiasa bersama aku,
tanpa aku sedar Allah sudah menghadiahkan aku sahabat yang selalu bersedia mendengar luahan aku,
dia yang selalu memberi aku nasihat,
dia yang ingin bersama-sama aku melalui perjalanan ini,
dia yang sudi berubah bersama aku menjadi yang lebih baik,
dia yang setia menyokong setiap impianku,
ya Allah,mengapa selama ini aku begitu buta tidak melihat ini semua?
Alhamdulillah,Allah buka mataku melihat mu wahai sahabatku,
engkau sentiasa ada setia memberi aku tempat dibahumu,
meluahkan semua kesakitan dihatiku,
memberi aku kekuatan melalui nasihatmu,
sungguh,aku cintakanmu wahai sahabatku kerana Allah :)
"doaku sentiasa mengiringi kehidupanmu duhai sahabat,doaku sentiasa buatmu agar Allah memakbulkan impianmu dalam hidup berpasangan bersama sidia yang engkau harapkan,amin".
"sahabat,setialah bersamaku menempuh perjalanan ini,agar engkau dan aku menjadi anak yang solehah,wanita yang solehah,isteri yang solehah dan ibu yang mithali".
: peace :
No comments:
Post a Comment