Friday, October 25, 2013

hilang.

aku merenung ke luar jendela,
bertanya kepada diri sendiri,
mengapa diriku begini?
hilang.hanyut.sepi.sunyi.
aku bertanya lagi,
apa yang sedang kau lakukan ini?
tiada arah.LOST..
itu yang pasti,
aku mengenang kembali hari-hari yang berlalu,
apa aku lakukan sedari aku sedar dari mati yang sebentar,
...........tiada apa yang baru..........
masih aktiviti yang sama,masih rutin harian yang sama,
aku merenung jauh kedalam diriku,
memikirkan apa yang telah aku luangkan untuk masa yang yang berlalu,
..........tiada yang special..........
sia-sia.sahaja.
aku sedang hilang arah.
aku hilang pertimbangan.
aku sunyi.
aku tenggelam.
dalam cahaya yang terang.
ya,cahaya terang yang sebenanrnya kelam.
aku yang mencuba untuk jauh,
aku yang melarikan diri,
aku yang tidak membenarkan untuk mendekati,
aku yang sebenarnya berlari laju,
aku.aku.aku.
yang sebenarnya membiarkan diri tenggelam.
mengapa?
aku sendiri tiada jawapan.
aku sendiri tidak boleh berfikir.
aku hilang punca.
apa masalah aku sebenanrnya?


aku umpama mayat sedang berjalan
tiada apa apa rasa bersalah
maafkan diri aku yang bersalah
hati,engkau sedang berperang.
kuatkan dirimu padahal engkau lemah
kalahkan musuhmu yang sedang menjajah mindaku
nafsu,engkau sedang bersorak gembira
melihatkan jatuhnya musuhmu
aku?
hanya duduk membiarkan menunggu menanti apa kesudahannya...

1 comment: